Halaman


Sabtu, 17 Disember 2011

*..BUKAN HANYA SEKADAR SEMANGAT..*

Dirikanlah DAULAH ISLAM dalam jiwa kamu, nescaya akan TERTEGAKLAH ia di atas bumi kamu..Allah mencipta PERATURAN, hukum dan undang-undang kerana kasihNya kepada hambaNya supaya setiap manusia TIDAK MENYIMPANG jauh daripada landasan kebaikan dan kebenaran..

SOLAT BERJEMAAH adalah perkara paling asas yang perlu DITITIKBERATKAN oleh mereka yang ingin MEMPERJUAN......GKAN Islam..di manakah kita semasa AZAN dilaungkan? Bukankah Nabi SAW pernah berkata :
"Ditanya kepada Nabi Muhammad SAW, apakah AMALAN yang terbaik..maka jawab Nabi : SOLAT DI AWAL WAKTU.."
(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

>>> Kita kena MUHASABAH DIRI kembali..PUPUKLAH syariat Islam dalam diri kita terlebih dahulu, jika tidak dapat perintah negara maka perintah dahulu KELUARGA kita..tegakkan Islam dalam keluarga, pastikan para wanita MENUTUP AURAT dan para lelaki melakukan solat BERJEMAAH di masjid..adab kehidupan yang islamik perlu ditegakkan, pastikan suasana rumah bersih dari sarang LAGHA (melalaikan dan tidak berfaedah)..insyaAllah, apabila syariat islam telah lahir di dalam sesebuah keluarga, maka daulah islam juga akan BERTAPAK di dalam negara..♥♥♥

Tiada ulasan: