Halaman


Isnin, 19 Disember 2011

temui jawapanmu pada sebuah istikharah bukan sekadar cinta..

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.
 Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

Allah ajarkan tentang menjaga perasaan ibu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua setiap saat dan setiap ketika.
Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.
Bayangkan kasih seorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur?
Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu.
Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.
Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut.
Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga.
Saya perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain (persepsi), suka menjerit (saya pernah mendengar seorang ibu yang asyik menjerit pada anak-anaknya dari mula saya datang kerumahnya sampai saya balik), suka membazir, suka menunjuk-nunjuk, suka mengumpat menantu, suka bersolek dan sebagainya.
Apapun kelemahan ibu, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun.
Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri.
Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.Kita wajib menghormati ibu pada setiap waktu.
Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya.
Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah.
Satu hari ketika out-station di Perak, dia mengatakan bahawa dia mahu tahu kenapa Allah memilih dia dari kalangan keluarganya dan saudara-maranya untuk diberi hidayah, kerana kehidupan yang dilalui sama seperti mereka tetapi Allah memilihnya untuk diberi-Nya petunjuk. Maka dia pun bertanya kepada Allah.
Alhamdulillah menurutnya, tidak sampai beberapa saat dia bertanya Allah memberikan jawapannya.Mahu tahu apa jawapannya?
Allah terus mengingatkan kepadanya kisah ketika dia masih seorang pelajar.
Ketika di universiti, dia bekerja sambil belajar dan hampir semua wang yang diperolehinya ketika belajar itu diberikannya kepada ibunya. Hebatnya ganjaran Allah kepada seseorang yang menjaga ibunya.
Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari ganjaran hidayah dan petunjuk Allah.
Namun balasan Allah juga pastinya hebat bagi seseorang yang menyakiti hati ibu.Ampuni kami Ya Allah.
Setelah diberi kefahaman ini, saya terbayangkan pengorbanan ibu saya yang membesarkan saya dan adik-adik sebagai ibu tunggal.
Setiap petang apabila ibu saya pulang dari kerja, walaupun keletihan, ibu akan terus ke dapur untuk memasakkan kami makanan.
Saya masih dapat melihat keletihan ibu ketika itu dan masih dapat membayangkan keletihannya menguruskan kami.
Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya.
Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu.
Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari.
Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

Coca - cola & Ribena Haram untuk diminum -Ustaz Azhar Idrus

ustaz azhar idrus - (soalan) ruh balik ke rumah

Ustaz Azhar Idrus - Mayat Yang Haram Di Sembahyang

✦ REVIVE A SUNNAH ⇨ "PRAYING FOR THE ILL" ✦



It is narrated on the authority of Ibn 'Abbaas (may Allâh be pleased with him) that the Messenger of Allâh sallAllâhu 'alayhi wa salam entered upon a man he was visiting, and said: "laa ba`s tuhoor in shaa` Allâh ('No harm, purification if Allâh wills')" [al-Bukhari: 5662]

➲ Du’aa’ for healing should be said three times.
...
The Prophet (sallAllâhu 'alayhi wa salam) visited Sa’d ibn Abi Waqqaas and said: “O Allâh, heal Sa’d,” three times. [Narrated by al-Bukhaari (5659) and Muslim (1628)]

➲ The Prophet (sallAllâhu 'alayhi wa salam) used to place his right hand on the sick person and say:

“Adhhib al-ba’s Rabb an-naas, wa’shfi anta al-Shaafi, laa shifaa’a illa shifaa’uka shifaa’an laa yughaadir saqaman (Take away the pain, O Lord of mankind, and grant healing, for You are the Healer, and there is no healing but Your healing that leaves no trace of sickness).” [Narrated by Muslim, 2191]

➲ It was narrated by Ahmad and Abu Dawood (3106) that the Prophet (sallAllâhu 'alayhi wa salam) said:

“Whoever visits a sick person who is not yet dying, and says seven times in his presence: ‘As’alu Allâha rabb al-‘arsh il-‘azeem an yashfiyaka (I ask Allâh, Lord of the mighty Throne, to heal you), Allâh will heal him of that sickness.” [Classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood]

••► To all our brothers and sisters who are sick (not in a good health) now... May Allâh help you and cure you very soon. Aameen !!!

Aisyah r.a. bertutur..

Aisyah r.a. bertutur:
"Aku menyaksikan Rasulullah Sallallahu'alaihi wassalam hendak wafat.
Ketika didekatkannya ada mangkuk berisi air.Beliau celupkan tangannya
ke mangkuk itu lalu mengusap wajahnya sambil berkata,
La Ilaha Illallah, sesungguhnya dlm kematian adalah
fasa yg menyakitkan."

NAFSU DAN KAMU..

Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
“Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir,” kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
“Apa yang perlu saya bawa?
“”Bawa pakaian sehelai dua,” jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.”Kita akan mendaki bukit ini.”
“Mana jalannya?” “Kita susuri jalan di tepi lereng bukit,” kata guru sufi.
“Nanti, nanti… saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya.
“”Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.”Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.

Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, “Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya…”"Dan saya akan menunggang seekor lagi,” pintas pemuda itu.
“Tidak!” kata guru sufi itu.
“Mengapa?”
“Jangan bertanya, patuh saja!”Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
“Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?”
“Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!”
“Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?”
“Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit,” jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, “Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya.”

“Maksud tuan?”“Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi.

“Pemuda itu terdiam.“Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya.”“Seperti saya yang memikul keldai tadi?”
“Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan.”
“Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!”

PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

TAZKIRAH ZOHOR,,,selamat menunaikan FARDHU ZOHOR,,^_^

hadis riwayat al-Bukhari dan muslim..

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ukhti,kalian adalah tulang rusuk..

Bismillahirrahmanirrahim . . .

Teruntuk saudariku (Ukhti) yang ku cinta karena-Nya…Ukhti,kalian adalah tulang rusuk yang hilang. Jika kalian dalam penantian, maka jadikan penantian itu jalan menuju keberkahan.Menanti bukan berarti berdiam diri, atau menunggu tanpa arti. Kalian adalah bidadari yang dicari. Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput, isilah masa penantianmu dengan taqwa, sabar, ...do’a dan tawakkal. Meski kau boleh mengajukan proposal lebih dulu, tapi ana yakin, al-Haya’ yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu urung untuk mengungkap perasaan. Cinta yang tak mampu kau ungkap. cinta yang hanya kau dekap dalam bungkam.Karena mungkin kau tak seberani Khadijah…

Ukhti fillah,izinkan ana berbagi.Dialog dari hati ke hati.

Saudariku,antunna mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin ana sampaikan. Namun, tak ada salahnya jika kita sama-sama mereviewnya kembali. Setidaknya, menasehati diri ana pribadi.

Tips mengisi penantian dengan proses yang berkah untuk hasil yang berkah:

Senantiasa dekatkan diri kepada-Nya.Taqorrub ilallah! Karena Allah Sang Pemilik hati,Yang Menguasai hati,dan Maha Tahu segala isi hati.

Persiapkan bekal karena perjalanan itu jauh. Tholabul ‘ilmi never ending!

Kerenkan diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.

Perbaiki diri karena InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya. Yakinlah bahwa wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik pula.

Ukhti, jaga hijabmu agar senantiasa terpelihara.Jaga izzahmu karena kau adalah calon bidadari syurga.

Terakhir,jika ana boleh memberi saran,isilah penantianmu dengan ukiran tinta cintamu. Buatlah syair, puisi, atau surat cinta untuk sang belahan jiwa. Curhatkan segala perasaanmu selama dalam penantian, tentang cinta, dan rindu.Sekadar menanyakan kabar iman, keadaan, ada di mana, dan sedang apa dia sekarang. Saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan. Allah sedang merahasiakan. Tapi yakinlah,Sang Sutradara kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu. Berikanlah surat itu saat waktunya tiba. Biarlah waktu yang bicara, karena waktu tak pernah berdusta. insyaAllah, virus merah jambu yang mencoba merusak komputer hati antunna di masa penantian , akan terscan oleh anti virus imani dan syair cinta untuk yang dinanti.Dan Insya Allah pula, ta’aruf kedua,ketiga,keempat dan ta’aruf-ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga,akan semakin berbunga dengan adanya syair-syair indah perekat cinta..

Jangan buat penantianmu sia-sia.Bersegera,namun jangan tergesa.Sebelum ijab qobul keluar dari lisan “Sang Pangeran”, hati-hatilah menempatkan perasaan.Karena bisa jadi,cintamu salah kau alamatkan..

Bila yakin telah tiba,teguh di dalam jiwa..Kesabaran menjadi bunga..Sementara waktu berlalu,penantian tak berakhir sia-sia..Saat perjalanan adalah pencarian diri..Laksana Zulaikha jalani hari..Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati,Di penantian mencari diri,Bermohonkan ampunan..Dipertemukan..

~~ Untuk Seorang Yang Sedang Mendapat Ujian Dari Allah ~~



Sahabat, kudengar bahwa engkau sedang diujiNya. Apa yang dapat kuperbuat selain hanya mengirimkan bait-bait ayat ini.

Pastilah sudah sering kau dengar berita tentang ujian yang akan menambah keimanan. Bagaimana dengan kabarmu hari ini Sahabat fillah...?? Apakah berita tentang hal itu juga dapat kau rasakan?

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan;

“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji....? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Manusia mungkin sering bertanya, kenapa harus aku yang menjalani masalah berat ini...? Kenapa aku tidak bisa seperti orang lain, yang selalu terlihat bahagia?

Ketahuilah, sahabat Fillah... bahwa Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi dirimu dan orang lain.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Manusia memang mudah dirundung keluh kesah, dan itu harus disadari datangnya dari syaithon. Sesungguhnya, bila hati ini penuh keyakinan bahwa Allah akan mengujinya sesuai kadar kemampuannya, maka hatinya akan tenang.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Percayalah sahabat Fillah, kalau kamu beriman, maka kamu memiliki derajat yang paling tinggi, bahkan dibandingkan manusia-manusia yang kamu pikir tidak sedang Allah uji, jika mereka tidak beriman. Untuk itu, kuatkan hatimu dalam menghadapi ujian ini...

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” ( Surah Al-Imran ayat 139)

bersabarlah. Dan bersabar itu tidak hanya cukup sekali, tapi terus menerus, tanpa akhir, hingga Allah akhirnya memenangkanmu atas ujian yang berat ini.

Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran ayat 200)

sholat adalah penolong kita dalam menghadapi berbagai ujian...pembukti apa yang telah Allah janjikan itu. Khusyuklah dalam sholat, dan rasakanlah nikmatnya ujian ini dengan kekhusyukan yang engkau dapatkan.... Bahkan mungkin sulit engkau dapatkan jika engkau tidak diuji seperti ini.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Insya Allah… Apa-apa yang kamu lalui dengan sabar tadi, bukanlah hal yang sia-sia. Syurga yang indah adalah hadiah tertinggi bagi orang-orang yang sabar dalam ujian.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” (Surah At-Taubah ayat 111)

Untuk itu, Sahabat fILLAH…. Hanya pada Allah sajalah hendaknya kita berharap.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah ayat 129)

Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmatNya.
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir. (Surah Yusuf ayat 12)

sayang dan cinta untukumu, sahabat fIllah… Semoga Allah memuliakanmu dengan ujian ini. Amin ALLAH HUMA AMIN...

Semoga Bermanfaat...Salam Santun Senyum Manis...

Ahad, 18 Disember 2011

Imam Al-Ghazali..

'' Sesiapa yang berumur melebihi empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka....'' ( Imam Al - Ghazali )

ISLAM TIDAK MELARANG BERHIBUR



Islam sebenarnya tidak melarang umatnya berhibur selagi mana ia menurut garis syariat. Namun, kebanyakan hiburan yang disajikan kini melalaikan, boleh mengeraskan hati dan jiwa serta tidak mustahil mampu membangkitkan nafsu berahi.

Hiburan yang patut dinikmati ialah bertujuan menghiburkan untuk mententeramkan jiwa. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana ia... menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

Memang tidak dapat disang kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am ayat 32)

DOA-DOA HARIAN..













Sabtu, 17 Disember 2011

(H.R.Tirmidzi dan Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

jilbab..

Pemandangan wanita berjilbab dengan celana celana ketat, baju ketat, baju tipis dan singkat sudah menjadi pemandangan mata setiap hari saat kita berada di jalan,Dikampus dsb. Tak kurang juga pakaian wanita yang berjilbab lebih seksi dari wanita tidak bejilbab. Tidak kurang juga wanita berjilbab lebih buruk perangainya dari wanita tidak berjilbab
Tanda Benarnya Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ
كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Abu Bakar as-Sidik..

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

∙Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari) - ∙

'' KALAU SUKA..'' ♥

“ Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Saya berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.”
(Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul) ♥ _ ♥

! PERHATIAN !

!) PERHATIAN (!) Metro Tv baru mengeluarkan berita hacker sudah mulai masuk facebook,Tagged,Twitter,friendster DLL & mereka mendapatkan video seks mamakai nama Anda pd dinding teman2 Anda tanpa Anda mengetahuinya dan juga virus-2 di message. Anda tdk dpt melihatnya,tpi org lain bisa melihat seolah2 Anda yg mempublisikan. jdi jika Anda menerima sesuatu tntg video (barangkali atas nama saya,itu bukan dari SAYA. sebarkan ini utk keamanan Anda. Terima Kasih.
#SHARE SECEPATNYA#

♥ _ ♥

♥ Alangkah INDAHNYA ku llihat berjalan seorang MUKMINAH, labuh tudungnya dengan wajah yang ditutupi NIQOB, berjalan penuh TAWADDU'..setap gerak gerinya terpampar pribadinya yang LEMBUT... KASIH SAYANG jelas terpampar dari sinar matanya, yang lahir dari hati yang IKHLAS hanya kerana DIA...
Subhanallah..kini tiba masanya untuk berubah ke jalan yang hak...Allahu Rabbi..wa Laa ilaa ha illa hu... ♥

! ♥ INGAT♥

::. Jangan KAU berasa BANGGA dengan KECANTIKANMU sehingga, DIKEJAR JUTAAN LELAKI. Jika KAU BERBANGGA, KAU MENYAMAKAN DIRIMU dengan PEPASIR DI PANTAI, yang BOLEH DIPIJAK dan DIMILIKI SESIAPA SAHAJA. MULIAKANLAH DIRIMU dengan TAQWA, setanding MUTIARA ZARBARJAD yang hanya MAMPU, DIMILIKI, PENGHUNI SYURGA.::

p/s : "Yang bercahaya tak semestinya emas, yang cantik tak semestinya permata"

♥ SEHARUM KASTURI ♥

Ketika ramai orang bertanya kepada Saidina Abu Bakar: " Kami selalu mencium bau harum kasturi dari tubuhmu sedangkan kamu tidak memakai kasturi. Apakah yang menyebabkan dirimu menjadi seharum kasturi?" Saidina Abu Bakar menjawab," Demi Allah, sudah bertahun aku tidak memakai kasturi tetapi bau harumnya bagaikan sebati dalam diriku. Mereka bertanya bagaimana boleh terjadi hal s...edemikian.

Lalu Abu Bakar Al-Miski pun menceritakan peristiwa di sebalik keharuman kasturi itu. Pada suatu hari, ada seorang wanita yang melakukan tipu daya terhadapku sehingga aku masuk ke dalam rumahnya.

Ketika aku berada di dalam rumahnya, dia menutup semua pintu dan jendela rumahnya seraya menggodaku untuk melakukan maksiat. Aku kebingungan dan tidak tahu bagaimana harus melarikan diri. Lantas aku bertanya wanita itu, " Aku ingin ke tandas untuk berhadas".

Lalu wanita tersebut memerintahkan pembantunya untuk menghantarku ke tandas. Sesudah berhadas, aku pun melumuri seluruh badanku dengan kotoran najisku. Kemudian aku kembali kepada wanita tersebut. Wanita tersebut sungguh terkejut dan marah dengan tindakanku dan menyuruh pembantunya mengusirku. Setelah itu, aku pulang ke rumahku dan mandi.

Pada malam harinya, aku bermimpi ada suara berkata kepadaku, "Kamu telah melakukan suatu amalan yang belum pernah dilakukan oleh siapa pun. Sungguh Kami akan mewangikan tubuhmu di dunia dan akhirat". Ketika aku bangun pagi keesokan harinya, aku merasakan tubuhku menyebarkan bau kasturi sehingga ke saat ini ia masih kekal.

Begitulah kisah para sahabat yang takutkan azab Allah s.w.t. Betapa perlunya perasaan takutkan Allah ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi.

"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar"- Al-Mulk:12.

^_^

insyaALLAH~......the one for me is out there,preparing his DEEN to be the BEST IMAM in my dunia n akhirat....^______^♥

♥ be patient,TRUST WHOLEHEARTEDLY n PUT your HEART in ALLAH's WILL~...
right time,right place,Allah will let us meet..un...der His RAHMAH n LOVE........
through akad nikah♥

*cintaku kerana AGAMAmu..
*cintaku pada kesungguhan mu solat AWAL WAKTU...
*cintaku pada kesempatan yg kau ambil tika kedinginan malam,bertemu PENCIPTAMU tatkala teman2mu lena dibuai mimpi...
*cintaku pada keringanan langkahmu pergi masjid BERJEMAAH...
*cintaku pada kelancaran bacaan AlQURAN mu yg merdu...
*cintaku pada SEMANGAT JUANG mu MENEGAKKAN AGAMA ALLAH di muka bumi..
*cintaku pada CITA2 TERAGUNG mu untuk SYAHID berjuang fisabilillah....

~cintaku akan makin mendalam padamu sekiranya diri mu mngutamakan CINTA ILLAHI,CINTA RASUL ALLAH,CINTA IBU BAPA mu,melebihi dari diriku yg hina ini~

insyaALLAH....jadikan CINTA ILLAHI sandaran untuk kita belajar mencintai dan dicintai...♥♥ sentuhan hatiku melalui tahajjud,kuncinya pada sujud mu...:)

*..BUKAN HANYA SEKADAR SEMANGAT..*

Dirikanlah DAULAH ISLAM dalam jiwa kamu, nescaya akan TERTEGAKLAH ia di atas bumi kamu..Allah mencipta PERATURAN, hukum dan undang-undang kerana kasihNya kepada hambaNya supaya setiap manusia TIDAK MENYIMPANG jauh daripada landasan kebaikan dan kebenaran..

SOLAT BERJEMAAH adalah perkara paling asas yang perlu DITITIKBERATKAN oleh mereka yang ingin MEMPERJUAN......GKAN Islam..di manakah kita semasa AZAN dilaungkan? Bukankah Nabi SAW pernah berkata :
"Ditanya kepada Nabi Muhammad SAW, apakah AMALAN yang terbaik..maka jawab Nabi : SOLAT DI AWAL WAKTU.."
(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

>>> Kita kena MUHASABAH DIRI kembali..PUPUKLAH syariat Islam dalam diri kita terlebih dahulu, jika tidak dapat perintah negara maka perintah dahulu KELUARGA kita..tegakkan Islam dalam keluarga, pastikan para wanita MENUTUP AURAT dan para lelaki melakukan solat BERJEMAAH di masjid..adab kehidupan yang islamik perlu ditegakkan, pastikan suasana rumah bersih dari sarang LAGHA (melalaikan dan tidak berfaedah)..insyaAllah, apabila syariat islam telah lahir di dalam sesebuah keluarga, maka daulah islam juga akan BERTAPAK di dalam negara..♥♥♥

UPIN- IPIN!

SEBARKAN!! Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku Benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku Suka Israel ." Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin. "U" bermaksud " USA " "I" bermaksud " Israel ".
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam .................................... melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon. LAGI SATU : Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan
iPhone 4G. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. 'i' pada perkataan iPhone sebenarnya
merujuk kepada ' Israel '. 4G pula bermaksud "GOD, GOLD, GLORY and GIRL". kalu kamu benar2 cintakan ALLAH S.W.T dan RASUL S.A.W ...

Selasa, 23 Ogos 2011

segersang pemikiran hati..

segersang pemikiran hati,
bila keyakinanku datang,
dalam mencari kebahagiaan,
terasa bagai bayang-bayang,
gelap walau disuluh cahaya,
kasih bukan sekadar cinta,
maafkan bilaku tak sempurna,
cinta ini tak mungkinku cegah,
bila bahagia mulai menyentuh,
seakanku bisa hidup lebih lama,
pepasir pantai pun berubah,
ketenangan yang dicari terpancar,
dilorong kasihmu,
kelunakan tangisan kasihku,
namun harusku tinggalkan cinta,
ketikaku menghadap kekasih sejati.

   for~harum kasturi

Isnin, 15 Ogos 2011

HUBUNGAN DOA,QADA DAN QADAR

Doa2 orang muslim akan di kabulkan dalam tiga bentuk atau salah satu daripadanya:

a) kadang-kala,Allah memberikan atau mengabulkan bersesuaian dengan permintaan orang yang berdoa
b)Allah memberikan jawapan dengan sesuatu yang seumpama atau seakan dengan apa yang dimintanya
c)Allah menolak doanya,akan tetapi menyingkirkan  dan menyangkal atau menghalang bencana yang akan
   menimpanya.
   Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
   Tidaklah seseorang  muslim berdoa di muka bumi ini,melainkan Allah pasti akan 
   mengabulkannya sebagaimana yang ia pinta atau Allah memalingkan  daripadanya suatu 
   kecelakaan selagi ia tidak mendoakan sesuatu yang mengandubgi dosa dan memutuskan 
   silaturrahim.
                                                                                                                       (HR.Tirmidzi)

    Oleh itu,doa dipandang sebagai suatu yang amat penting bagi umat manusia,kerana doa dapat mengubah perlaksanaan keputusan Tuhan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
     Tiada yang dapat menangkis  ketetapan Tuhan(qada)kecuali doa.
                                                                                                                        (HR.at-Tirmidzi)

     Qada tuhan memang tidak dapat di ubah,kerana hidup manusia telah digariskan dalam segala catatan-Nya semenjak zaman azali lagi.
       Sementara,manusia hanya diberi kekuatan berusaha (ikhtiar).Dengan kekuatan dan kuantiti usaha
yang diantaranya   dengan berdoa  ,maka pengampunan dari ketetapan tuhan (qadar atau takdir) itu dapat di ubah ,walaupun tidak berubah sepenuhnya ,cukuplah dengan hanya dikurangkan .
      Seperti seorang hakim yang telah menjatuhkan keputusan hukuman mati kepada seorang yang didakwa ,maka ia tidak boleh mengubah keputusan berikut.
      Akan tetapi, kerana usaha  orang yang didakwa menunjukkan kebaikan dari segi sikap dan tingkah lakunya atau rajin memohon pengampunan(amnesti)dari kerajaan,maka boleh jadi perlaksanaan  hukumannya dapat dikurangkan.Mungkin hukumannya akan menjadi hukuman penjara seumur hidup atau mungkin terus bebas dari segala hukuman.