Ahad, 18 Disember 2011

Imam Al-Ghazali..

'' Sesiapa yang berumur melebihi empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki neraka....'' ( Imam Al - Ghazali )

ISLAM TIDAK MELARANG BERHIBUR



Islam sebenarnya tidak melarang umatnya berhibur selagi mana ia menurut garis syariat. Namun, kebanyakan hiburan yang disajikan kini melalaikan, boleh mengeraskan hati dan jiwa serta tidak mustahil mampu membangkitkan nafsu berahi.

Hiburan yang patut dinikmati ialah bertujuan menghiburkan untuk mententeramkan jiwa. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana ia... menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

Memang tidak dapat disang kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am ayat 32)

DOA-DOA HARIAN..