Doa2 orang muslim akan di kabulkan dalam tiga bentuk atau salah satu daripadanya:
a) kadang-kala,Allah memberikan atau mengabulkan bersesuaian dengan permintaan orang yang berdoa
b)Allah memberikan jawapan dengan sesuatu yang seumpama atau seakan dengan apa yang dimintanya
c)Allah menolak doanya,akan tetapi menyingkirkan dan menyangkal atau menghalang bencana yang akan
menimpanya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Tidaklah seseorang muslim berdoa di muka bumi ini,melainkan Allah pasti akan
mengabulkannya sebagaimana yang ia pinta atau Allah memalingkan daripadanya suatu
kecelakaan selagi ia tidak mendoakan sesuatu yang mengandubgi dosa dan memutuskan
silaturrahim.
(HR.Tirmidzi)
Oleh itu,doa dipandang sebagai suatu yang amat penting bagi umat manusia,kerana doa dapat mengubah perlaksanaan keputusan Tuhan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Tiada yang dapat menangkis ketetapan Tuhan(qada)kecuali doa.
(HR.at-Tirmidzi)
Qada tuhan memang tidak dapat di ubah,kerana hidup manusia telah digariskan dalam segala catatan-Nya semenjak zaman azali lagi.
Sementara,manusia hanya diberi kekuatan berusaha (ikhtiar).Dengan kekuatan dan kuantiti usaha
yang diantaranya dengan berdoa ,maka pengampunan dari ketetapan tuhan (qadar atau takdir) itu dapat di ubah ,walaupun tidak berubah sepenuhnya ,cukuplah dengan hanya dikurangkan .
Seperti seorang hakim yang telah menjatuhkan keputusan hukuman mati kepada seorang yang didakwa ,maka ia tidak boleh mengubah keputusan berikut.
Akan tetapi, kerana usaha orang yang didakwa menunjukkan kebaikan dari segi sikap dan tingkah lakunya atau rajin memohon pengampunan(amnesti)dari kerajaan,maka boleh jadi perlaksanaan hukumannya dapat dikurangkan.Mungkin hukumannya akan menjadi hukuman penjara seumur hidup atau mungkin terus bebas dari segala hukuman.
2 ulasan:
bagus! adik karang sendiri? dapat sumber dari mana?
^_^terima kasih..saya dapat sumber dari sebuah buku yang saya baca(taubat & doa merintis ke jalan syurga_DR.KHAIRUL GHAZALI)..hanya sekadar untuk berkongsi kepada yang berminat untuk membaca..
Catat Ulasan